Ahad, 22 November 2020

KENAPA kita tutup mata kalau bersin?



Semua orang mesti pernah bersin kan? Itu adalah antara perkara semulajadi yang semua manusia pasti alami. Untuk bersihkan badan kita perlu mandi, manakala untuk bersihkan hidung kita perlu bersin.

Bersin adalah mekanisma yang membersihkan hidung kita dari partikel asing serta kekotoran yang masuk ke dalam hidung. Kalau menurut seorang pengkaji dari Universiti Pennsylvania (2012), bersin adalah cara hidung kita untuk reset balik keadaan & persekitaran di dalam hidung. 

Kalau perasan, tiap kali bersin mesti mata kita tertutup kan?

Sebab utama perkara ini masih menjadi tanda tanya misteri dalam dunia Sains, tapi salah satu kemungkinan yang ada adalah disebabkan tindak balas refleks secara tidak sengaja yang terjadi kepada badan kita. 

Mata tertutup ketika bersin adalah untuk mengelakkan kuman/partikel/kekotoran yang dikeluarkan hidung daripada terkena mata. Ataupun, disebabkan oleh salah satu tisu otot yang menegang semasa tindak balas refleks itu. Bukan mata sahaja tertutup tetapi bahkan kadang-kadang perut kita juga terasa tegang. 

Itu semua  adalah tindak balas refleks yang terjadi ke atas badan kita.

Mata terkeluar?!

Sekiranya kita membuka mata semasa bersin, mata kita akan terkeluar. Pernah dengar ayat itu?

Sebenarnya itu adalah mitos semata-mata!

Kekuatan bersin tidak mampu untuk mengeluarkan mata kita daripada tempatnya. 

Tapi ada satu lagi persoalan, betulkah kalau kita bersin dan kentut dalam masa yang sama badan kita tengah screenshot?  Hm.

Tinggalkan komen anda!

sumber: www.bbc.com









Tiada ulasan:

Catat Ulasan